Pengikut

Sabtu, 23 Jun 2012

demam cinta internet

aku selak halaman muka buku

ada notifikasi tambah kawan tertera

aku sambut perkenalan darinya

sebagai bibit persahabatan



selalu sahaja aku terpandang dirimu

dalam kotak ruangan sembang

aku cuma mengintai

menanti salam sekiranya ada



lalu setelah beberapa lama

kau mula hulur tanda pengenalan

dan aku sambut dengan lapang dada

biarpun hanya di alam maya



hari demi hari

kau dan aku semakin rapat

hilai tawa gurau senda silih berganti

kasih sayang mula terpancar

ibarat musim bunga kembang setaman

serasa bahagia itu kita

milik kita berdua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan